• Admin

MAHU HILANGKAN SIKAP NEGATIF



Oleh Mohammad Iman bin Abdullah Haji Ibrahim Bekas Peserta Leaders Foundation Camp 2.0


"Sebelum masuk LFC 2.0 ini saya mempunyai sikap negatif yang tidak patut ada pada diri saya dan macam mana saya tahu program ini adalah melalui kawan saya yang menggalakkan saya memasuki perkhemahan ini kerana dia berkata saya patut menyertainya. Selepas itu, saya mendaftar kerana kata-kata semangat yang diberikannya kepada saya.


Semasa saya memasuki program ini saya dpt merasakan satu kelainan iaitu perubahan. Ia wujud tanpa sebab dan saya berfikir mungkin ini adalah satu detik permulaan saya untuk melangkah lebih kehadapan. Pada hari pertama, bermulanya pelajaran tentang cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin dan saya sedar bahawa seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab besar. Pada hari kedua, malamnya adalah bagi saya sangat efektif kerana ustaz tersebut menyentuh serba sedikit tentang ibubapa. Pada hari ketiga adalah hari terakhir bagi perkhemahan lfc 2.0 dan permulaan bagi hidup baru saya.


Selepas menyertai perkhemahan ini, sedikit demi sedikit saya dapat membuang sikap negatif saya dan dengan niat yang ikhlas juga saya telah di lantik ketua dalam satu program yang akan berlangsung pada musim cuti persekolahan".

Artikel Ehsan: Mohammad Iman bin Abdullah Haji Ibrahim

0 views

General Enquiries

Generasi Bekarih

No. 516

Kampong Kuala Abang, Layong

Tutong, TG 1343

Brunei Darussalam

+673 872 4909

@generasibekarih

©2019 by www.generasibekarih.com. Proudly created with Wix.com