• Admin

MENDAFTAR HANYA UNTUK MENGISI MASA LAPANG

Oleh Amal A'dawiyah binti Haji Ariffin Bekas Peserta Leaders Foundation Camp 1.0 & 2.0


"Pengalaman ketika mengikuti Leaders Foundation Camp 1.0 pada awalnya saya menyertai kem tersebut hanyalah untuk menghabiskan masa yang ada, untuk mencari keseronokan dan tanggapan saya tentang kem tersebut hanyalah sama seperti kem yang pernah saya sertai sebelumnya. Saya sendiri tidak mengetahui pengertian ‘kepimpinan’ tersebut secara mendalam. Hari ke hari saya berada dalam kem tersebut, saya banyak mempelajari berbagai ilmu yang baru dan mungkin di dunia luar ilmu tersebut tidak akan ada diajarkan, tanggapan saya yang pada awalnya itu adalah salah dan sangat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan dalam kem tersebut. Pada saat itu barulah saya menyedari akan maksud kepimpinan tersebut dan membuka mata saya untuk melihat impian-impian yang saya ingin capai dalam kehidupan saya yang selama ini saya kurang ternampak akan hal tersebut. Cara mereka mengendalikan kem tersebut sangat berbeza, iaitu dengan cara menerapkan kedua-dua ilmu dunia dan juga akhirat dan kem ini juga memberikan aura yang positif bagi sesiapa sahaja yang mengikutinya.


Cara mereka mendidik belia-belia juga sangat berbeza, mereka sangat faham akan jiwa belia-belia yang ada pada masa kini dan mendidik mereka dengan memberikan kasih sayang yang ikhlas dan mengajarkan ilmu yang mereka ada secara ikhlas. Mereka juga telah mengajarkan cara untuk berjaya tanpa ada yang menyekat iaitu dengan adanya keberkatan daripada kedua orang tua dan juga dari mengingati Allah. Berfikiran secara terbuka dan positif juga merupakan salah satu ilmu yang saya perolehi dari mereka, mereka telah banyak mengajarkan cara untuk menangani suatu masalah tersebut daripada mengkritik akan kewujudan masalah, perkara ini telah saya praktikkan di dalam kehidupan saya dan impak yang saya perolehi juga positif dan semuanya berjalan dengan lancar dengan adanya minda yang positif.




Ilmu ucapan umum juga ada diselitkan di dalam kem ini yang mana seorang pemimpin perlu mengetahui ilmu ini agar berani untuk tampil dan berhadapan dengan orang ramai. Cara-cara berkomunikasi yang betul dan baik juga ada diberikan di dalam kem ini. Mentor-mentor kem ini juga banyak memberikan saya semangat dan memberi inspirasi kepada saya untuk merubah kehidupan saya kearah yang lebih baik. Mentor-mentor ini juga telah belajar banyak ilmu daripada guru mereka dan memanfaatkan ilmu yang mereka ada untuk mereka ajarkan kepada para belia-belia. Tidak di nafikan bahawa mentor-mentor dan ahli-ahli Generasi Bekarih ini cintakan tanah air mereka sehinggakan mereka sanggup untuk menubuhkan suatu syarikat yang hanya semata-mata untuk memberikan perubahan kepada belia-belia yang ada di negara ini. Ahli-Ahli Generasi Bekarih juga bersatu hati dan berusaha sedaya upaya mereka untuk melaksanakan dan menjayakan kem tersebut.

Pengalaman kem LFC 1.0 telah banyak membuka minda saya dan memberikan semangat kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain. Saya merasakan ilmu yang saya perolehi pada kem LFC 1.0 itu belum cukup dan masih banyak benda yang saya belum pelajari daripada mentor-mentor saya dan kem LFC 1.0 juga belum memberikan saya kepuasan untuk saya keluar dari zon keselesaan dan mencabar diri, oleh kerana itu saya mengambil keputusan untuk mengikuti kem LFC 2.0. Suasana ketika berada dalam kem tersebut sangat berbeza dari sebelumnya, saya juga telah mempelajari suatu yang baru iaitu tidak semua kem yang saya sertai itu akan sama suasananya.


Kem LFC 2.0 mempunyai kelebihannya sendiri iaitu walaupun isi kandungan yang saya pelajari sebelum ini adalah sama tetapi saya merasakan ianya seperti sesuatu yang baru saya pelajari. Kasih sayang sesama sahabat dan juga orang sekeliling ada diterapkan di dalam kem ini sehinggakan rasa itu timbul dengan sendirinya dan merindui akan sahabat-sahabat sepejuangan setelah keluar daripada kem ini. Di dalam kem ini, saya telah banyak belajar untuk lebih berani tampil kehadapan dan sentiasa memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, contohnya dengan hanya sebuah senyuman akan dapat menyenangkan hati orang lain. Pada kem LFC 1.0 saya kurang menonjolkan diri dan tidak pernah untuk tampil kehadapan dan berhadapan dengan orang ramai sehinggakan ada sesetengah orang yang tidak pernah menyedari akan kewujudan saya di kem tersebut. Saya ingin menjadi lebih berani dan berhadapan dengan ramai orang dan mengasah lagi bakat-bakat yang sedia ada.


LFC 2.0 adalah merupakan tempat bagi saya mencabar diri saya dan Alhamdulilah segala cabaran yang diberi saya hadapi dengan berani. Kepuasan hati telah saya perolehi setelah menyertai kem ini walaupun tempoh ketika berada disana tidak lama seperti kem LFC 1.0 tetapi saya merasakan saya perolehi banyak ilmu yang baru.

Kedua-dua kem ini telah benar-benar merubah saya untuk menjadi seorang yang berani dan menjadi pemimpin yang hebat. Setelah keluar dari kem-kem tersebut banyak perkara yang saya perolehi dan saya aplikasikan di dalam kehidupan saya, salah satu daripadanya ialah menjadi seorang yang lebih berani, menjadi pemimpin yang hebat, menjaga hubungan dengan Allah, banyak bersabar, berfikrian terbuka, mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah dan sebagainya.


Selepas kem LFC 1.0 dan LFC 2.0 ini saya akan meneruskan perjuangan saya dan menimba banyak ilmu, dan akan banyak mengikuti kem-kem yang bermanfaat. Untuk mengasah lagi bakat yang saya ada, saya akan mengikuti kem Generasi Bekarih untuk tahap yang ke 2 iaitu ALC. Saya akan menyokong segala apa yang Generasi Bekarih lakukan untuk memberi manfaat kepada orang ramai, kerana ini adalah perkerjaan yang sangat mulia iaitu menyenangkan urusan orang lain".


Artikel Ehsan: Amal A'dawiyah binti Haji Ariffin

51 views

General Enquiries

Generasi Bekarih

No. 516

Kampong Kuala Abang, Layong

Tutong, TG 1343

Brunei Darussalam

+673 872 4909

@generasibekarih

©2019 by www.generasibekarih.com. Proudly created with Wix.com