General Enquiries

Generasi Bekarih

No. 516

Kampong Kuala Abang, Layong

Tutong, TG 1343

Brunei Darussalam

+673 872 4909

@generasibekarih

©2019 by www.generasibekarih.com. Proudly created with Wix.com

  • Admin

TIDAK MAHU MENDAFTAR KERANA TAKUT

TIDAK MAHU MENDAFTAR KERANA TAKUT


Oleh Nuur Siti Zaharatun Ainne binti Hj Yaakob Bekas Peserta Leaders Foundation Camp 1.0 & 2.0


"Secara jujur, sebelum memasuki LFC saya merupakan seseorang berfikiran negatif dan sukar untuk memandang sesuatu perkara dengan positif serta agak kabur bahkan tidak tahu tentang matlamat dan hala tuju saya dengan jelas. Saya juga seorang yang tidak berkeyakinan tinggi serta takut untuk melakukan sesuatu yang baru walaupun sesuatu itu ingin dilakukan. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya tidak mahu mendaftar kerana takut tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik, akhirnya saya tetap memutuskan untuk mendaftar dengan niat ingin belajar tentang leadership kerana jujur saya seorang yang tidak tahu banyak tentang kepimpinan.


Alhamdulillah setelah mengikuti Leaders Foundation Camp 1.0 pada bulan Disember lalu yang dianjurkan oleh Generasi Bekarih, sedikit sebanyak memberikan impak yang positif dan memberikan kesedaran kepada diri saya, memberikan ilmu pengetahuan serta ia mengubah cara bagaimana saya melihat sekeliling saya dalam hidup ini. Saya mula belajar untuk memberanikan diri memulakan conversation dengan orang lain dan Alhamdulillah saya juga telah mencuba untuk bercakap di hadapan peserta-peserta yang lain (public speaking). Saya sangat bersyukur kerana telah terpilih untuk menyertai kem ini kerana ia telah membantu untuk menjadikan siapa saya sekarang ini sedikit demi sedikit.


Selepas menyertai LFC 1.0 , saya telah memutuskan jua untuk ikut lagi Leaders Foundation Camp 2.0 yang mana telah diadakan pada 16 hingga 18 Februari lalu, dan Alhamdulillah.. ilmu yang saya dapati semasa LFC 1.0 dapatlah saya fahami dengan lebih mendalam lagi dan jua saya telah dapat untuk menjadikan diri lebih berani untuk tampil dihadapan kerana mentor-mentor yang tidak henti dalam memberikan motivasi dan kata-kata semangat begitu juga peserta-peserta lain yang tidak kurang juga semangat and komitmen mereka.



Di dalam kem ini, banyak ilmu yang telah kami pelajari, dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara, kami bukan sahaja di berikan ilmu pengetahuan tentang bagaimana menjadi seorang pemimpin dan tentang kepentingan belia sebagai peneraju negara di masa hadapan, bahkan kami juga dibimbing, dididik untuk menjadi seseorang yang mencintai negara, menghayati lagu kebangsaan dan bersikap patriotik dan lain-lain but it also terapkan nilai akhlak arah diri kami serta mendisiplinkan diri kami dalam apa jua perkara yang dilakukan seperti solat di awal waktu, dan memandang sesuatu dari sudut positif.


Selain daripada itu, saya mula berani untuk mencuba setiap opportunity yang ada di luar sana. Sebagai contoh, saya telah memberanikan diri saya untuk mengikuti satu pertandingan yang di adakan di KUPUSB iaitu pertandingan i-fikir yang memerlukan saya untuk berkongsi tentang Rasulullah SAW di pentas di hadapan khalayak ramai. Itu merupakan satu pencapaian yang besar bagi saya. Dan dari itu, saya jua tidak akan berputus asa dari terus menerus untuk memperbaiki diri saya serta akan berusaha mencapai setiap matlamat dan impian saya sama ada dari segi duniawi atau ukhrawi. Selain itu, saya juga sedikit sebanyak dapat melihat perubahan saya yang pada asalnya selalu berfikiran negatif kepada berfikir positif terhadap sesuatu.


Last but not least, team saya yang ditubuhkan semasa LFC 1.0 telah berjaya melaksanakan sebuah projek "Belia Peduli Masjid" iaitu kempen kebersihan :) . Bagi kami, ini merupakan langkah bagi kami untuk terus bergerak dan bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti.

Justeru, LFC Ini perlu diteruskan kerana ia merupakan platform yang terbaik bagi para belia yang berada di luar sana untuk memulakan langkah melakukan perubahan dalam kehidupan apa lagi dengan adanya mentor-mentor yang terdiri daripada belia-belia Brunei kitani sendiri. InshaaAllah."



Artikel Ehsan: Nuur Siti Zaharatun Ainne binti Hj Yaakob

16 views